Kalau dulu waktu sekolah. Poli.
Aku paling tak suka time hujan.
Kalau hujan turun waktu pagi.
Alahai. Liatnya nak bangun pergi kelas.
Kalau turun waktu pjk.
Tak boleh turun padang main bola.
Kena duduk dalam kelas. Dengar cikgu celoteh. Boring.
Kalau turun waktu nak balik.
Kena stay kat sekolah/poli sampai reda hujan sebab balik jalan kaki.
Aku takde guna perkhidmatan bus dulu.
Tapi.
Sekarang.
Waktu hujan turun aku rasa macam tenang.
Dengar titik-titik hujan turun.
Macam musik yang beralun ketenangan.
Air yang beralun di jalan depan rumah aku.
Macam beralun terus pergi.
Tapi part paling best.
Bila hujan dah berenti.
Bau hujan tu paling pergh sekali.
Aku tengok atas.
Birunya langit.
Macam segala masalah tadi.
Air hujan dah sapu semua pergi.
Kalau ada nasib lebih sikit.
Boleh nampak pelangi.
Jadi.
Mungkin.
Itu yang aku praktikkan sekarang.
Biarlah ribut sekarang janji dapat sapu semua pergi untuk munculkan pelangi untuk aku.
Boleh tahan konsep aku nih.
Pelangi.
I'm waiting.


No comments:
Post a Comment