"kalau aku jadi kau. Aku tak rasa aku kuat. Aku respect dengan kau."
Persoalan.
Kuatkah aku?
Proses.
Proses.
Proses.
Masih. Tiada jawapan.
Kenyataan.
Kau tengok depan kau. Apa yang ada selain untuk kuat?
Takkan nak jatuh terjelepok depan mak bapak kau.
Depan kawan-kawan kau?
Itu masalah aku.
Tak patut aku tarik hidup mereka bersama dalam dunia aku yang entah taktau apa mood dia.
Kerana mereka.
Aku kuat.
Kerana mereka.
Aku tersenyum.
Biarkan mereka bahagia.
Senyum bersama.
Ketawa bersama.
Dan. Biarkan aku.
Menangis di dalam namun tiada siapa tahu kecuali DIA.
Biarkan. Aku begini.
Pegang tangan aku. Erat. Tanpa perlu berkata-kata.
Aku juga turut bahagia. :)


No comments:
Post a Comment